Jumat, 28 Oktober 2011

set monopoli

Kalau di Malaysia mungkin SAIDINA lebih popular berbanding Monopoly mungkin kerana harga Monopoly lebih mahal berbanding SAIDINA atau dalam erti kata lain, SAIDINA adalah sebenarnya ciplak dari Monopoly dari segi konsep permainannya.
Monopoly adalah satu permainan papan yang paling laris jualannya di dunia. Dalam permainan ini, pemain berlumba untuk mengumpulkan kekayaan melalui satu perlaksanaan satu sistem ekonomi mainan yang melibatkan pembelian, penyewaan dan pertukaran hartanah dengan menggunakan duit mainan.
Pemain mengambil giliran untuk membalingkan dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut bilangan yang diperolehi dengan balingan dadu tadi.

 


Permainan ini dinamakan bersempena konsep monopoli dalam teori ekonomi, iaitu penguasaan pasaran oleh peniaga tunggal tanpa ada apa-apa persaingan.
monopolygold Set Monopoly Bernilai $2 Juta
Inilah Monopoly yang bernilai 2 juta USD yang diperbuat daripada emas. Dadunya pula diperbuat daripada berlian yang bernilai $10,000.
Papan Monopoly yang diperbuat daripada emas ini dicipta oleh Sidney Mobell 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar